Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru

Salam.


Hello everyone.

Ku rasa masih tak terlambat untuk wish to everyone Happy Teacher's Day. Especially kepada cikgu-cikgu ku yang pernah ajar, terajar dan mengajar ku. Starting from I'm at Tadika Pasti, KEMAS until now. I'm glad to have you as my teacher.

Bila ku mula ingat zaman jahiliah ku dulu, ku adalah antara budak yang paling baik. Tak berniat nak puji diri tapi kalau dah jadi ketua kelas tiga tahun berturut-turut, that's mean I'm really good girl.Hahaha, I'm joking. Diorang nak pekena Ibu ku sebenarnya. Disebabkan ku da masa terluang, meh ku cita.

Dulu masa sekolah rendah, ku belajar kat SK Sri Utama, Johor. Ibu ku mengajar Bahasa Arab dan Math kat kelas ku. Entah lar, maybe diorang tak suka kat Ibu ku dan diorang jadikan ku mangsa. Ku penah kena cubit sampai lebam sebab salah eja LAUT (tereja KAIN) padahal Nabila Huda eja salah siap kena puji. Kena jemur kat tengah padang sebab tak bawak buku(ku sorang ja). Kutuk Ibu ku depan ku (bagi amaran jangan bagitahu Ibu ku). Sampai sekarang ku ingat cikgu English tu, Pn. Fadhilah (kot). Pernah Ibu ku bawak g umah dia tyme Raya Puasa, ku tak masuk sebab ku tak suka dia. Ku memang pendendam dan ku tak bagitahu Ibu ku sebab apa because ku tak nak Ibu ku kecil hati. So, jangan bagitahu Ibu ku yek.

Masa sekolah rendah atas, ku datang Kedah. bersekolah di SK Sungai Taka, Serdang. Guru yang paling ku ingat ialah Guru Besar, En. Azizan. Dia adalah antara guru yang memusnahkan impian ku. Haha, dulu-dulu ku nak masuk MRSM. Lepas tu dia bagitahu kat ku bahawa anak cikgu tak boleh masuk. Hanya anak-anak orang miskin ja boleh. Ku yang lurus pon percaya cakap dia. Sampai sekarang ku harap hidup anak dia pon tak kan tercapai impian. Disebabkan ku anak yang baik, ku melanjutkan pelajaran ke SMK Taman Jelutong, Kedah atas nasihat Ibu.

Menengah rendah sangat seronok sebab ku antara budak yang buas. Haha, kalau orang lain study tyme prep ku antara yang tidur. Nama selalu tersenarai sebagai "Budak Bising dalam Prep". Dan kekejaman yang paling teruk ialah reject budak laki depan orang ramai, "Sorry, ku tak suka lelaki pendek macam hang." That's why sampai sekarang tak dak boyfriend. Karma lar kot. But the most precious memory is masuk pertandingan kawad KRS for two years. Selagi lagi harapan untuk masuk ke MRSM gagal sebab Abah ku lupa beli borang. Merajuk dengan Abah punyalah lama. ,menangis tok sah cerita.

Menengah atas di SM Teknik Sungai Petani, Kedah. Ramai kata masuk teknik maknanya dia budak jahat. And most people pandang rendah budak teknik neyh. First ku percaya tapi lama-lama ku tak rasa apa sebab kat mana-mana pon sama. Budak sekolah agama pon ada yang keluar masuk disco.So yang penting diri sendiri. Kat sini ku mula kenal apa itu kawan, jenis yang tikam belakang. Budak outsider macam ku memang disisihkan. Cuma panggil untuk baca Yaasin ja, tyme da event. Hampeh. Dan kenal apa itu cinta. Perrgh, memang jiwang tahap gaban. Cikgu yang paling ku sayang sampai sekarang ialah Cikgu Azira. Dialah yang membuatkan ku jatuh hati pada Physics.

Dan KM Kedah. Di sini tapak ku bermula cita-cita ku. Ku mula kenal dengan lecturer yang sporting, moody dan berjiwa muda. Kat sini juga ku kenal dengan pelbagai kawan. My special room mate yang gila sporting, masuk dalam biro yang tak penah terfikir, meeting sampai pukul 12 lebih just bersembang dan kenal dengan siblings. My very-very precious memory. Sebelum ku tersangkut ke S.P.A.

Yay, so lot of memory. Tak pernah terfikir ku akan tulis semua neyh dan tak berharap sapa-sapa nak baca sebab ku rasa puas dengan tulis kenangan ney. For all of my teacher, thank you so much. Walau ada antara korang yang still buat ku bengang dengan campak buku ku, rampas h/p dan denda ku dengan denda yang tak munasabah dek akal, ku still sayang korang. Especially yang tibai ku. Thanks. You made me who I'm today. ;)


Note; thanks to En. Nazri yang ajar ku sampai ku benci Biology.

3 comments: