Sunday, July 31, 2011

Ramadhan is coming .

Salam .

Hello ustazah and uztaz .

Penghujung bulan Julai berakhir dan akan memasuki bulan August . Many People out there maybe think about our Independent Day but MOST of Muslim thinks about Fasting Day or Hari Raya Aidilfitri. Even me ;)

So, Im here to wish you Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
Tambahkan pahala, buangkan dosa .
Tingkat Iman dengan amal .

Sunday, July 24, 2011

sakit ati .

Salam .


Hello my haters .

Minggu lepas ku lepak kat TS, sementara tunggu nak tengok Harry Potter, bertembung ngan kawan. Dia pon satu panggung ngan ku rupanya. Then, dalam 3 lebih camtu, dia nak g solat kat surau. Ku teman jelah sebab ku dah solat kat hostel. Menunggu lah ku kat tingkat 8 sambil makan French fries.

Tetiba ada satu group boys neyh lalu and said ;

"lepak sensorang, ntah-ntah lesbian"


"sensorang, ntah-ntah lesbian"


"ntah-ntah lesbian"


"lesbian"


berdesing telinga ku lar. Well, inilah masyarakat zaman sekarang. Tuduh orang memang hebat. I guess kita semua sama, kan. Korang perasan tak kalau kita nampak satu pasangan; boy and girl. Kita akan kata, "Mesty couple tu." Pernah tak korang terfikir maybe diorang tu adik beradik yang terpisah baru berjumpa or kembar tak seiras. 99.99 % akan kata "Tak penah terfikir."

Hey, come on lar. Bukan ku nak kutuk cuma just kita fikir positif. Jangan korang tengok couple kissing pon kata adik-beradik thats weird. Just open you head mind, respect the others. Jangan sebab kau ada mulut, sesenang kau nak kata itu, ini. Please, people bukan animal. They has heart. Please lar, korang pon ada satu even if mechanical one.

Lagi satu yang ku bebal, ada ke patut muka ku neyh yang baik,naive, innocent muka lesbian. Eh, kalau Emma Watson turun Malaysia sebab nak couple dengan ku pon, ku reject tau. Dan, korang sesenang je wat inferens sendiri .Ohmaigod, then setiap kali korang nampak girls pegang tangan lesbian, boy-girl jalan sekali couple and lelaki jalan ramai -ramai - wait!wait!wait! so korang boys yang kutuk ku lesbian- ohmaigod, so you're gay!!! Thats why lar perangai cam tu . Gay rupanya. So, let me conclude here. You're gay and I'm lesbian . So, who's the pokemon yang couple. WEIRD PEOPLE lar kat KL neyh.





Saturday, July 23, 2011

bila bosan .

Salam.


Hello awesome follower .

Hari neyh hari sabtu. For people out there yang ada duit hujung-hujung bulan akan keluar jejalan nut for me yang tengah sesak plus kurang sihat, melaram dalam bilik jelah.

Pepagi buta ku dah dapat mesej dari my bff. Dia tanya ku dapat universiti mana. Menyirap darah ku. Tulah, tyme ku call nak gtahu dapat tawaran SPA dia tak nak answer. Tapi ku reply sebab ku kan kawan yang baik.

Semalamnya Abah ku call, dia tanya pasal muka ku. What the fish dah jadi pada muka ku. Yeah, I got something on my face. Ku rasa protozoa dah membiak kat muka ku kot. Lupa pakai mask dalam Makmal Mikrobiologi.

Petang tadi plak, hujan plus guruh plus petir. Ku tak sedar sebab ku tengah membuta. Maklumlah duduk kat asrama time cuaca tengah dingin. Memang best sebab langsung tak penat bila buat aktiviti neyh.

Malam ney plak, ku melepak kat bilik sebelah. Nak tengok Si Jundai tapi macam tak rajin je so ku tulis lah blog yang merepek camni. Well, ku kan suka merapu dan merepek-repek. Ohh, I love doing that .

Saturday, July 16, 2011

i love HARRY POTTER

Salam.



Hello my Harry Potter fans and Twillight haters.


VENUE; TIMES SQUARE
DATE;16 JULY 2011
TIME; 1640
HALL; 3
SIT; B18

Thursday, July 14, 2011

pang of jealous.

Salam .

Hello girls and boys.

Topik kali neyh, zero. Ku just nak kupas sedikit isu hasil ku bersebang dengan Ibu ku petang tadi.
For the first time, Ibu ku suruh ku cari someone. Okay, bila ku sebut someone. Antara korang yang blur tak paham. Its mean, someone to love you and of course you love him/her back.

Th problem is ku sangat takut pada lelaki. Kalau korang nak gelak, ku tak kisah sebab thats the truth. Ku sangat takut kat spesies neyh sebab diorang berbeza dengan ku. Dari segi fizikal dan pemikiran. Most of boys yang ku kenal, sangat happy go lucky. Sebab tu ku selesa dengan diorang. Tapi paling pantang, when they start to touch me. Ku masih ingat seorang budak boy neyh kena jerkah dengan ku sebab dia tepuk bahu ku. And ku sangat minta maaf lepas tengok muka dia pucat gila. More obviously, ku peramah but still beware .

Ku marah sebab ku takut. Sebab ku takut sangat kat korang yang boys neyh. Then, ku semakin takut bila someone tu ada minat kat ku. Ku tak tahu kenapa tapi sejak ku Form 3, ku perasan tentang sikap ku neyh. Even though dengan BF ku pun, ku takkan bagi dia duduk dekat or berjalan seiring dengan ku. Entahlah, memang kesian BF ku tyme tu. Haha .

Maybe ada sebab kot semua benda neyh. Then ku jumpa dengan someone yang maybe perfect untuk ku. Tapi ku rasa takda jodoh so we're still friend till now. Okay, more or less. Jodoh semua di tangan Allah. Ku just berdoa untuk dapat yang terbaik .

Wednesday, July 13, 2011

i'm nothing .

Salam.


Hello princess and princes.

When a boy told you "Here's a boy. He like you."
And you like "Really ??! Who ?!"


When the boy asked your name.
And you like "Why? You like me ?"


When a boy talk to you.
And you like "He's interesting ."


When a boy says "You're beautiful "
And you like "What do you want ?"


When a boy want to date you .
And you like "Just be friend."


When the boy admired other girl "She's pretty."
And you like "She's a bitch"


When the boy walked away "Sorry, let we end here."
And you cry and cry .




Note; Love someone who love you cuz there're your happiness.

Wednesday, July 6, 2011

Happened a lot of time !

Salam.
A lot of time when I texting him, .

Hello girls and boy.

Semalaman ku terfikir benda neyh. Ianya pasal Firefly yang jarang ku ceritakan sebab bukan ramai sangat nak tahu.

Tapi ku tetap nak cerita sebab lantak aku lah, neyh blog aku!. Mamat PS3 bagitahu ku yang dia dah ada girlfriend tapi Camera boy kata selagi Firefly tak kahwin, selagi tu ku boleh tackle dia. Yang ku peliknya kenapa Mamat glasses lain macam ja setiap kali ku sebut Firefly. Mungkin kerana kami berlainan agama. Jadi dia tak restui ke-admire-an ku terhadap Firefly. Namun, Shawl woman tetap sokong ku. Mungkin itulah namanya kawan. Anyway, Men girl suka ku terus terang pada Firefly yang dah lama ku perhati dia. Tapi dia ada GF yang cantik, bukan macam ku. Orang kata cinta itu buta tapi ku nak bagitahu yang cinta itu bisu sebab setiap kali Firefly ada, ku jadi kelu.

I'm very happy to know you. And you look sweet with your purple t-shirt. Rarely I see you with black shirt but today you wore it, I wanted to say that you looked super cool with it. I wanted you to smile every time I meet you because you looked really cute. Just keep who you're and never changes it. I truly L**E you. Very Much. 

Monday, July 4, 2011

Review Movie; Sekali Lagi

Salam.


Poster
SORRY, ku dah jatuh hati kat dia ;)

Hello boring girls and busy boys.

Hari ney adalah first day ku mula kelas dan ianya sangat membosankan sebab mula dengan topik Patologi. Entry kali neyh tak da kaitan dengan Patologi atau first day ku kat kolej. Ianya pasal suatu kisah di pagi Ahad 3 July 2011.

Sebabkan ku tak da kawan *cerewet pilih kawan, maka ku pergi lah ke TS (Times Square) sensorang dengan bermodalkan kenderaan Monorel. Murah dan sesak. Sampai kat situ, terus pergi kaunter tiket tapi SATU PAPER dilekat pada setiap penjuru kaunter "MAAF, TIKET TRANSFORMER HABIS DIJUAL SEHINGGA 6 PETANG". Ala, macam ku nak tengok sangat cerita tu. sangat sangat nak!


Then ku beli tiket wayang cerita SEKALI LAGI. Sebab BAKAL pakwe ku berlakon, so ku pon masuk lar panggung pukul 2 petang. Secara berseorangan, sedangkan dalam panggung wayang tue 0.1% tidak berteman iaitu AKU. Apa pon, ku terus duduk dan tanpa endahkan bisikan manja serta renggekan kecil dari kiri, kanan, depan dan belakang ku. Then cerita pon bermula .....

Secara sinopsisnya, Arman(lakonan BAKAL pakwe ku, Sam) seorang yang mempunyai penyakit autisme dan bakal berkahwin dengan Farina. Arman diselamatkan oleh Amy (Mia Sara Nasuha) semasa diserang oleh seorang samseng dan selepas kejadian tersebut mereka menjadi rapat. Shiela, Mama Amy, (Lisa Surihani) tertanya-tanya siapakah Man yang sering disebut-sebut oleh Amy memandangkan Amy diletakkan di bawah jagaan Abang Haris semasa dia bekerja. Oleh itu dia menyuruh Amy supaya jangan berkawan dengan Arman kerana bimbang keselamatan anaknya sehinggalah suatu hari Shiela mencari anaknya di taman permainan sekaligus mengetahui siapa Arman.

Klimaks cerita ini apabila Shiela mula teringatkan wajah suaminya yang serupa seperti Arman dan semenjak itu dia melarang keras Amy berkawan atau berjumpa dengan Arman. Tetapi Arman tetap mencari Amy dan berkawan dengannya sehingga dimarah teruk oleh Shiela.

Abang Haris tertanya-tanya mengapa Shiela melarang Arman dan Amy berkawan. Lalu Shiela menceritakan segalanya kepada Abang Haris. Mereka berkahwin lari kerana mendapat tentangan dari kedua-dua ibu bapa mereka. Pada suatu hari, Bapa Shiela meninggal dunia dan setelah dia pulang ke rumah, Arman mahu pulang ke pangkuan Ibunya yang sedang sakit tenat lalu diceraikan Shiela dan pada hari tersebut juga Shiela di dapati mengandung.

Shiela yang mengetahui Amy dan Arman masih berkawan, dan mengikut Arman ke rumahnya menyebabkan dia memarahi Amy sehinggalah Ibu Arman datang lalu menceritakan segalanya. Arman menceraikan Shiela kerana dia mempunyai tumor dikepalanya dan apabila tumor tersebut berjaya dibawa keluar maka perwatakan Arman berubah menjadi terencat.

Di pengakhiran cerita, Arman mendapat tahu bahawa Amy adalah anaknya dan Farina sengaja mereka cerita bahawa dia dirogol oleh Arman untuk mendapatkan kekayaan keluarga tersebut. Namun disebabkan terhutang budi dengan Abang Haris, Shiela mengahwini lelaki tersebut. Manakala Arman menganggap mereka adalah keluarga barunya.

Korang tengok movie neyh kalu korang;

  1. Tiket movie yang best lain dah habis.
  2. Satu-satunya movie yang "waras".
  3. Ada kekasih . tak terasa tak terasa
  4. Sensitif, berjiwa lembut dan mudah menangis . bukan aku!
  5. Aweks korang yang gediks tu ajak sebab tak nak bagi korang tengok movie Transformer.
  6. Menyokong perfileman Malaysia.
  7. Ada Shahiezy Sam . BAKAL pakwe aku!
Korang tak tengok movie neyh kalu korang;
  1. Dah ada tiket Transformer.
  2. Suka happy ending.
  3. Tiada kelenjar air mata.
  4. Lisa Surihani pakai tudung. aku pakai comel lagi *takbur

Kalau ikutkan hati nak ja ku minta setengah harga sebab jalan cerita kita boleh bajet. Ku agak kurang puas hati kat satu scene neyh. Time Ibu Arman peluk Shiela, sepatutnya zoom lar kat diorang. Tapi diorang ambil dari jauh yang nampak Abang Haris dan Arman yang buat muka macam *nak buat riak muka apa yek?. Oh God! Then ada lar lagi satu dua babak Amy "menangis" dan ulang script yang sama berkali-kali macam pengarah filem tu bribe dia, "Mia ulang ayat neyh sekali, uncle bagi satu coklat."So, kalau dia ulang 20 ratus kali, memang pelik bunyinya.

Ada time dua babak, yes, honestly ku menangis. Bukan sebab panggung tu penuh habuk tapi sebab ku masih manusia yang berjiwa lembut. Nasib baik kiri, kanan tak ada orang. Dan itulah kebaikan tengok movie jiwang sorang-sorang. Dan dalam satu babak masa Shiela tahu yang Arman tu suami dia, awek-awek keliling ku mulalah mengeluarkan ayat seperti berikut;

"Kalau you terencat macam Sam, I tetap kawin dengan you."

"I akan take care you sampai bila-bila."

Dan boys, korang jangan percaya sebab itu semua bullshit . Ku ulang sekali lagi, girls and her lies are horrible! Kalau dia ikhlas dengan you all, aweks korang tak akan cakap camtu. Macam mana ku tahu? Well, ku banyak kawan dengan perempuan yang macam neyh. Jangan risau Nadiah bukan macam itu. janganlah caya sangat!

More or less, ku enjoy cerita tu sebab my boyfriend-to-be ada kat situ. I give 2.5 over 5 for jalan cerita. Tahap camera, K.O. Sorry to say, memang sangat tak best. Macam amatur. Tapi ku ucapkan tahniah sebab korang berjaya gak buatkan ku hilang RM 11.