Poster |
SORRY, ku dah jatuh hati kat dia ;) |
Hello boring girls and busy boys.
Hari ney adalah first day ku mula kelas dan ianya sangat membosankan sebab mula dengan topik Patologi. Entry kali neyh tak da kaitan dengan Patologi atau first day ku kat kolej. Ianya pasal suatu kisah di pagi Ahad 3 July 2011.
Sebabkan ku tak da kawan *cerewet pilih kawan, maka ku pergi lah ke TS (Times Square) sensorang dengan bermodalkan kenderaan Monorel. Murah dan sesak. Sampai kat situ, terus pergi kaunter tiket tapi SATU PAPER dilekat pada setiap penjuru kaunter "MAAF, TIKET TRANSFORMER HABIS DIJUAL SEHINGGA 6 PETANG". Ala, macam ku nak tengok sangat cerita tu. sangat sangat nak!
Then ku beli tiket wayang cerita SEKALI LAGI. Sebab BAKAL pakwe ku berlakon, so ku pon masuk lar panggung pukul 2 petang. Secara berseorangan, sedangkan dalam panggung wayang tue 0.1% tidak berteman iaitu AKU. Apa pon, ku terus duduk dan tanpa endahkan bisikan manja serta renggekan kecil dari kiri, kanan, depan dan belakang ku. Then cerita pon bermula .....
Secara sinopsisnya, Arman(lakonan BAKAL pakwe ku, Sam) seorang yang mempunyai penyakit autisme dan bakal berkahwin dengan Farina. Arman diselamatkan oleh Amy (Mia Sara Nasuha) semasa diserang oleh seorang samseng dan selepas kejadian tersebut mereka menjadi rapat. Shiela, Mama Amy, (Lisa Surihani) tertanya-tanya siapakah Man yang sering disebut-sebut oleh Amy memandangkan Amy diletakkan di bawah jagaan Abang Haris semasa dia bekerja. Oleh itu dia menyuruh Amy supaya jangan berkawan dengan Arman kerana bimbang keselamatan anaknya sehinggalah suatu hari Shiela mencari anaknya di taman permainan sekaligus mengetahui siapa Arman.
Klimaks cerita ini apabila Shiela mula teringatkan wajah suaminya yang serupa seperti Arman dan semenjak itu dia melarang keras Amy berkawan atau berjumpa dengan Arman. Tetapi Arman tetap mencari Amy dan berkawan dengannya sehingga dimarah teruk oleh Shiela.
Abang Haris tertanya-tanya mengapa Shiela melarang Arman dan Amy berkawan. Lalu Shiela menceritakan segalanya kepada Abang Haris. Mereka berkahwin lari kerana mendapat tentangan dari kedua-dua ibu bapa mereka. Pada suatu hari, Bapa Shiela meninggal dunia dan setelah dia pulang ke rumah, Arman mahu pulang ke pangkuan Ibunya yang sedang sakit tenat lalu diceraikan Shiela dan pada hari tersebut juga Shiela di dapati mengandung.
Shiela yang mengetahui Amy dan Arman masih berkawan, dan mengikut Arman ke rumahnya menyebabkan dia memarahi Amy sehinggalah Ibu Arman datang lalu menceritakan segalanya. Arman menceraikan Shiela kerana dia mempunyai tumor dikepalanya dan apabila tumor tersebut berjaya dibawa keluar maka perwatakan Arman berubah menjadi terencat.
Di pengakhiran cerita, Arman mendapat tahu bahawa Amy adalah anaknya dan Farina sengaja mereka cerita bahawa dia dirogol oleh Arman untuk mendapatkan kekayaan keluarga tersebut. Namun disebabkan terhutang budi dengan Abang Haris, Shiela mengahwini lelaki tersebut. Manakala Arman menganggap mereka adalah keluarga barunya.
Korang tengok movie neyh kalu korang;
- Tiket movie yang best lain dah habis.
- Satu-satunya movie yang "waras".
- Ada kekasih . tak terasa tak terasa
- Sensitif, berjiwa lembut dan mudah menangis . bukan aku!
- Aweks korang yang gediks tu ajak sebab tak nak bagi korang tengok movie Transformer.
- Menyokong perfileman Malaysia.
- Ada Shahiezy Sam . BAKAL pakwe aku!
Korang tak tengok movie neyh kalu korang;
- Dah ada tiket Transformer.
- Suka happy ending.
- Tiada kelenjar air mata.
- Lisa Surihani pakai tudung. aku pakai comel lagi *takbur
Kalau ikutkan hati nak ja ku minta setengah harga sebab jalan cerita kita boleh bajet. Ku agak kurang puas hati kat satu scene neyh. Time Ibu Arman peluk Shiela, sepatutnya zoom lar kat diorang. Tapi diorang ambil dari jauh yang nampak Abang Haris dan Arman yang buat muka macam *nak buat riak muka apa yek?. Oh God! Then ada lar lagi satu dua babak Amy "menangis" dan ulang script yang sama berkali-kali macam pengarah filem tu bribe dia, "Mia ulang ayat neyh sekali, uncle bagi satu coklat."So, kalau dia ulang 20 ratus kali, memang pelik bunyinya.
Ada time dua babak, yes, honestly ku menangis. Bukan sebab panggung tu penuh habuk tapi sebab ku masih manusia yang berjiwa lembut. Nasib baik kiri, kanan tak ada orang. Dan itulah kebaikan tengok movie jiwang sorang-sorang. Dan dalam satu babak masa Shiela tahu yang Arman tu suami dia, awek-awek keliling ku mulalah mengeluarkan ayat seperti berikut;
"Kalau you terencat macam Sam, I tetap kawin dengan you."
"I akan take care you sampai bila-bila."
Dan boys, korang jangan percaya sebab itu semua bullshit . Ku ulang sekali lagi, girls and her lies are horrible! Kalau dia ikhlas dengan you all, aweks korang tak akan cakap camtu. Macam mana ku tahu? Well, ku banyak kawan dengan perempuan yang macam neyh. Jangan risau Nadiah bukan macam itu. janganlah caya sangat!
More or less, ku enjoy cerita tu sebab my boyfriend-to-be ada kat situ. I give 2.5 over 5 for jalan cerita. Tahap camera, K.O. Sorry to say, memang sangat tak best. Macam amatur. Tapi ku ucapkan tahniah sebab korang berjaya gak buatkan ku hilang RM 11.
jgn kata ang nak kapel ngan aku...
ReplyDeleteaisey!!!! perasan lar.
ReplyDeleteko ngan Sam ibarat kereta buruk ngan aeroplane tau .